Tuesday, September 15, 2009

Sunday, September 13, 2009

RENTAS CEMERLANG..

Pagi tadi baru jek berlalu... tn hj Khalid dan tn hj.Amir datang untuk penilaian rentas cemerlang aku.alhamdulillah semuanya berjalan lancar.tq kawan2 yang mendoakan aku. insyaAllah keputusannya ,CONFIRM cemerlang, kata tuan K.J jabtan pendidikan khas kita tu.
peace.. tqvm to pn che mas, en.manaf, kakwan, kak ani, dan member sepraktikal terbaik aku yg byk menolong, cikgu mohd farid helmyzan bin fauzi.

Friday, September 11, 2009

Alhamdulillah.. nak abis dah praktikum

salammmmm kawan2.....
selamat berpose dan menyambut lebaran.
doakan aku, kena observe rentas dgn org Dg52 minggu depan..
moga lancar semuanya..
ameeeeennn..
-cikgu 3m-

PRAKTIKUM 2009

PENULISAN JURNAL PRAKTIKUM 2009

JURNAL 1 (21/6/2009-25/6/2009) MASALAH AWAL : MURID DAN SEKOLAH
JURNAL 2 (28/6/2009-2/7/2009) SIKAP MURID
JURNAL 3 (5/7/2009-9/7/2009) HIPERAKTIF @ MURID TERLEBIH CERGAS
JURNAL 4 (12/7/2009-16/7/2009) IDEA KREATIF GURU
JURNAL 5 (19/7/2009-23/7/2009) LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID
JURNAL 6 (26/7/2009-30/7/2009) DAYA TUMPUAN MURID @ FOKUS
JURNAL 7 (2/8/2009-6/8/2009) KOMUNIKASI BERKESAN
JURNAL 8 (9/8/2009-13/8/2009) MASALAH KEMAHIRAN ASAS 3M
JURNAL 9 (16/8/2009-20/8/2009) KEBERSIHAN DIRI MURID
JURNAL 10 (30/8/2009-3/9/2009) BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
JURNAL 11 (6/9/2009-10/9/2009) UPSR
JURNAL 12 (13/9/2009-17/9/2009) SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa yang diharapkan melalui praktikum ini.

Praktikum pengajaran di sekolah merupakan satu pengalaman baru bagi saya untuk 3 bulan akan datang. Kini saya telah hampir untuk menjadi seorang guru siswazah yang bertauliah dan terlatih. Melalui penyataan tersebut, saya akan menjalani praktikum KPLI daripda 26 Mei 2009 sehingga 17 Sepetember 2009. Melalui praktikum ini, satu pendedahan awal pengalaman pengajaran murid sekolah dapat dilalui oleh guru pelatih. Semua ini adalah berkaitan dengan pengalaman guru untuk manghadapi keadaan sebenar alam persekolahan.

Sebelum ini guru pelatih telah menjalani latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) selama lebih kurang 5 bulan lamanya. Semua ini adalah berkaitan pembelajaran secara teoritikal tanpa amali dengan ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan kanak-kanak. Semua ini juga termasuklah ilmu tentang strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) di bilik darjah, pengurusan, kurikulum pendidikan dan sebagainya. Praktikum yang akan dijalani ini sebenarnya akan menterjemahkan segala dapatan tersebut secara sebenar dan konkrit mengikut situasi semasa di sekolah. Di sekolah, guru pelatih akan menggunakan teori yang dipelajari di IPGM dengan mengikut kesesuaian penggunaannya. Oleh itu, praktikum yang akan dijalani adalah satu instrumen praktik yang amat penting di dalam menjana perkembangan proses pembelajaran dan pembentukan guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam pengajarannya di sekolah kelak.

Oleh yang demikian, sepanjang lebih kurang tiga bulan tempoh praktikal ini perkara yang paling utama sekali yang diharapkan, adalah guru pelatih dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di IPGM di sekolah. Ianya disusuli dengan latihan sebenar proses P&P di bilik darjah. Apa yang diharapkan, praktikum ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih adalah bagi memantapkan lagi ilmu pendidikan, kemahiran, bakat, minat dan kaedah serta pendekatan sedia ada. Hal ini akan menjana pengetahuan yang baru. Sememangnya, sekolah adalah salah satu gedung ilmu yang mempunyai banyak perkara yang boleh dijadikan sumber rujukan. Ilmu yang akan diperolehi itu akan bermakna kepada guru pelatih dalam menjana perkembangan ke arah pembinaan guru yang cemerlang.

Selain itu, perlaksanaan proses akademik dan kokurikulum di sekolah adalah begitu kompleks sekali sifatnya kerana menjalinkan semua unsur ilmu itu menjadi satu dan diterjemahkan kepada pembentukan insan yang sempurna. Semuanya dijalankan sejajar dengan falsafah pendidikan negara yang dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERI+S). Ianya ditadbir dengan pengurusan sekolah yang melibatkan sebahagian besar pihak guru itu sendiri dengan dibantu oleh sebahagian kecil sahaja pihak bukan guru.

Justeru itu, praktikum yang akan dijalani nanti diharapkan akan dapat membantu saya mengetahui pengurusan di sekolah secara holistik. Hal ini akan dapat melatih saya kearah menguasai urus tadbir pengurusan sekolah yang sebenar. Ianya penting kepada guru pelatih kerana, guru akan terlibat sama secara langsung di dalam pengurusan sekolah apabila bertugas kelak.

Pengurusan ini adalah perkara yang begitu rumit untuk dilaksanakan kerana melibatkan semua pihak dan kebanyakan hal. Kalau dilihat dari peringkat rendah sekali melibatkan tukang kebun, pengurusan kantin, pengkeranian dan operasi, pentadbiran, aktiviti kokurikulum sehinggalah ke peringkat lebih tinggi melibatkan perancangan jangka pendek/panjang sekolah adalah dilaksanakan sendiri oleh pihak sekolah. Ianya juga melibatkan proses melalui prosedur yang telah ditetapkan pihak kementerian kepada pengurusan sekolah. Semua itu, memerlukan kepada guru yang berpengetahuan dalam hal-hal pengurusan. Dengan itu, setelah berada dalam pengurusan sekolah selama tiga bulan ini diharapkan guru pelatih dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan pengurusan aktiviti-aktiviti di sekolah selain daripada perlaksanaan proses P&P harian. Kesimpulannya, saya berharap melalui praktikum guru KPLI-SR untuk sesi kali ambilan januari 2009 ini, agar ianya akan dapat memberi kesan langsung kepada guru pelatih seperti saya, seperti apa yang telah diharapkan.

b) Apa yang telah dilalui sepanjang praktikum ini

1. Minggu 1 - Ujian diagnostik telah dijalanakan dengan berjaya.

Ianya dilakukan untuk menguji tahap penguasaan kemahiran asas murid pemulihan khas bagi mendapatkan perbezaan tahap akademik mereka.

2. Minggu 2 - Sesi P&P pertama dalam penulisan RPH rasmi.

Penulisan Rancangan pengajaran harian yang lengkap dan mengikut format yang betul.

3. Minggu 3 - Ubahsuai suasana bilik pemulihan.

Saya telah mengemas dengan menyusun atur semula bilik pemulihan agar ianya lebih mewujudkan suasana tempat pembelajaran yang kondusif dan selesa.

4. Minggu 4 - Projek pertandingan eureka peringkat negeri.

Saya ditugaskan untuk menjadi guru penasihat pertandinagan ini. Diantara khidmat yang telah saya sumbangkan selama seminggu setiap waktu petang adalah membina model rumah tenaga dan membuat buku idea. Hasilnya pasukan ini berjaya mendapat naib johan.

5. Minggu 5 - Penyeliaan pertama subjek minor.

Saya telah dinilai oleh pensyarah subjek minor iaitu subjek Bahasa Melayu kelas 3 Berlian. Pensyarah yang menilai saya adalah Encik Abdul Manaf bin Ahmad.

6. Minggu 6 - Peperiksaan ujian bulanan ketiga.

P&P minggu ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana murid tahap 1 menjalani ujian bulanan akademik ketiga.

Saya ditugaskan untuk menanda kertas jawapan dan memberi markah untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik kelas 3 Firus.

7. Minggu 7 - Hari anugerah kecemerlangan murid.

Saya menjadi Ajk persiapan dewan. Kerja-kerja memasang ‘skirting’ dan ‘backdrop’ pentas dewan utama dan dewan persembahan.

8. Minggu 8 - Lawatan murid skim baoucher tuisyen.

Saya ditugaskan oleh pihak sekolah untuk mengiring murid SBT melawat beberapa tempat akademik disekitar negeri kedah. Antara tempat lawatan tersebut adalah seperti ke Muzium Padi, Pusat Sains, Rumah merdeka dan Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir.

9. Minggu 9 - Aktiviti mengecat bangunan sekolah.

Saya mengecat bangunan sekolah iaitu didalam 8 bilik kelas tahun 6 dan 5 di bawah pemantauan guru GPK HEM. Saya dan rakan-rakan mengambil masa selama 3 hari untuk menyelesaikannya.

10. Minggu 10 - Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Saya menjadi pembaca perutusan kemerdekaan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Selepas itu saya juga telah diberi tugas untuk mengetuai guru dan murid dalam acara melaungkan laungan “merdeka”.

11. Minggu 11 - Peperiksaan UPSR 2009.

Pada minggu ini, P&P juga tidak dapat berjalan sepenuhnya kerana murid tahap 1 diberi cuti kerana peperiksaan UPSR yang sedang dijalankan.

12. Minggu 12 - Minggu terakhir praktikum.

____________________________________________________________________________________________

______________________________________________

c) Apa yang telah dicapai sepanjang praktikum ini

1. Penilaian sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) praktikum oleh guru dan pensyarah pembimbing sebanyak 10 kali. Rujuk borang PR1.

(a) Pn. Che Mas binti Saud (pensyarah pembimbing major) - 4 kali

(b) En. Abdul Manaf bin Ahmad (pensyarah pembimbing minor) - 2 kali

(c) Pn. Wan Noraini binti Mohamad (guru pembimbing major) - 3 kali

(d) Pn. Noraini binti Ahmad (guru pembimbing minor) - 1 kali.

2. Sesi pelaksanaan P&P selama 11 minggu yang berjaya dilaksanakan

mengikut perancangan dalam rancangan pengajaran harian.

3. Aktiviti ko-korikulum dan program sekolah yang telah diikut serta.

4. Pengalaman bertugas sebagai guru khas bidang Pemulihan Khas.

5. Pengalaman mengajar kelas arus perdana dalam subjek minor.




BY: CIKGU 3M KPLI-IPDA 2009

SENARAI RUJUKAN JURNAL AKU YANG X SEBERAPA... nak amek, amek. jgn byk komen.



hehehhehehehee....


JURNAL 11 (6/9/2009-10/9/2009)
UPSR

MASALAH

Minggu ini merupakan minggu kesebelas saya menjalani latihan praktikum di S.K.Sultan Ahmad Tajuddin. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan besar bagi murid-murid tahun enam iaitu peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan UPSR berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 8/9/2009 sehingga 10/09/2009.

Bagi murid-murid yang lain yang berada di tahap satu iaitu murid tahun 1,2 dan 3 telah dicutikan. Keadaan sekolah senyap dan terkawal. Cuti diberikan kerana untuk mengelakkan gangguan bising daripada menggangu konsentrasi calon UPSR yang sedang menjawab peperiksaan. Masalah yang diambil pada minggu ini adalah masalah bising yang dilakukan oleh murid tahun 4 dan 5. Mereka membuat bising dikelas masing-masing terutamanya ketika waktu rehat pada jam 10.15 pagi hingga 10.45 pagi. Hal ini kerana kebanyakan murid yang beragama islam berpuasa dan tidak makan di kantin.

ANALISIS MASALAH

Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan juga tingkah laku bermasalah negetif. Tingkah laku bermasalah positif ialah tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas, dan proaktif. Manakala, tingkah laku bermasalah negetif pula, ialah tingkah laku distruktif, distruktif dan bergantung, termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.
Mook Soon sang (2003), Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,
Sekolah Rendah : Komponen 1&2.

Masalah disiplin yang berlaku seperti bising yang dilakukan murid tahun 4 dan 5 tersebut adalah tergolong dalam tingkah laku bermasalah negatif. Tingkah laku ini membawa kesan buruk dalam aktiviti P&P di dalam bilik darjah dan menggangu persekitaran sekolah. Selain itu, aktiviti peperiksaan UPSR tidak dapat berjalan lancer tanpa sebarang gangguan seperti yang dirancang. Secara tidak langsung daya tumpuan murid tahun 6 untuk menjawab soalan peperiksaan secara tenang tidak dapat dicapai.

CADANGAN
Aspek penyelesaian masalah ini bermula dengan sikap guru sendiri. Guru perlulah lebih tegas dalam memberi arahan dan juga larangan. Sikap guru yang tegas akan lebih mendisiplinkan murid daripada melanggar peraturan. Ketegasan guru akan membuatkan murid-murid ini tidak berani untuk membuat bising di dalam bilik darjah terutama ketika peperiksaan sedang dijalankan. Murid-murid juga akan lebih memberi tumpuan ketika aktiviti P&P. Suara guru mestilah kuat dan jelas supaya murid berasa takut dengan setiap arahan dan amaran oleh guru.

Selain itu, pendekatan untuk mengubah tingkah laku seperti dendaan dan peneguhan juga boleh digunakan kepada murid-murid tersebut. Tujuan dendaan ini dikenakan adalah semata-mata untuk menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Sebagai contoh, untuk mengatasi masalah murid membuat bising semasa peperiksaan UPSR tersebut, guru akan memberikan arahan kepada murid supaya senyap. Sekiranya murid tidak mendengar arahan, guru akan memberi dendaan seperti tidak dapat keluar rehat atau mengasingkan murid disatu sudut untuk sementara waktu daripada aktiviti P&P yang berlangsung. Dendaan seperti ini berkemungkinan dapat mengawal tingkah laku murid seiring dengan ketegasan guru. Oleh yang demikian sekiranya semua guru yang melihat kesalahan bising murid ini melakukan system kawalan social dendaan yang sama seperti tersebut, maka semua murid akan dapat dikawal dan keadaan sekolah akan senyap daripada gangguan bising.
TEMPOH PENYELESAIAN
8/9/2009 hingga 10/09/2009.

TINDAKAN SUSULAN

KESIMPULAN
Keberkesanan sesuatu cara tersebut adalah berdasarkan kesungguhan guru itu sendiri. Guru mestilah berubah dan sentiasa belajar untuk mengawal murid. Murid yang terkawal akan memberi kesan positif kepada rakan-rakan seperti murid tahun 6 tadi. Ianya juga member kesan kepada persekitaran sekolah daripada gangguan bunyi bising murid. Penampilan guru yang lebih tegas mestilah diterapkan di dalam diri guru. Selain itu, guru mestilah memantau keadaan murid dari semasa ke semasa. Guru juga mestilah berusaha mencari cara agar masalah ini dapat ditangani dengan lebih berkesan.
JURNAL 10 (30/8/2009-3/9/2009)
BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM)
MASALAH
Sepanjang sepuluh minggu saya menjalani latihan praktikum di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin ini, saya menghadapi masalah dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Terutamanya dalam subjek Bahasa Melayu untuk murid-murid kelas 3 Firus iaitu murid kelas pemulihan saya. Agak terhad bagi saya untuk menggunakan bahan bantu mengajar ketika proses P&P. Keadaan ini membuatkan, murid-murid mudah bosan dan kurang memberi tumpuan di dalam kelas. Secara tidak langsung proses P&P agak terganggu.

ANALISIS MASALAH
Pada permulaan sesi P&P, tidak dinafikan bahwa saya kurang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) kepada murid pemulihan khas. Saya lebih banyak menerangkan kepada murid tentang topik pada hari tersebut. Pada pandangan saya, aktiviti penerangan tersebut, akan membuatkan murid pemulihan ini akan mudah faham. Pada hakikatnya, murid-murid ini akan mudah bosan dan hilang tumpuan. Saya juga kurang menggunakan ICT di dalam aktiviti P&P.

Seperti yang kita tahu kanak-kanak pemulihan ini tidak boleh memberikan tumpuan dalam masa yang lama. Mereka hanya dapat memberi tumpuan disekitar 20 minit awal interaksi sahaja. Mereka akan mudah bosan dan akan membuat bising di dalam kelas. Apabila keadaan ini terjadi secara tidak langsung akan mengganggu perjalanan proses P&P. mereka lebih suka sesuatu aktiviti yang seronok, seperti menyanyi, permainan, dan sebagainya.

Kelemahan ini, sedikit sebanyak mengganggu proses P&P saya dan hasil pembelajaran yang dirancang ada kalanya agak tidak tercapai sepenuhnya. Keadaan ini terjadi adalah berkemungkinan, kerana saya kurang kreatif dalam pembinaan dan penggunaan bahan bantu mengajar. Selain itu, saya juga tidak yakin dengan penggunaan bahan bantu mengajar seperti permainan kepada murid.

CADANGAN
Keadaan ini adalah tidak sepatutnya terjadi. Hal ini kerana, bahan bantu mengajar merupakan satu media pengajaran yang boleh membantu guru dan membolehkan murid lebih memahami ilmu yang diajar. Pemilihan bahan bantu mengajar yang betul dan sesuai adalah amat penting untuk menjadikan proses P&P lebih berjalan dengan lebih berkesan.

1. Pemilihan bahan.
Pemilihan bahan bantu mengajar haruslah selaras dengan objektif pembelajaran murid pada hari tersebut. Bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu murid lebih memahami pengajaran yang diajar pada hari tersebut. Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan falsafah pendidikan.
Bahan bantu mengajar yang di pilih haruslah yang boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Bahan-bahan yang digunakan mesti mempunyai unsur intelek (pengetahuan) dan juga mewujudkan nilai-nilai murni.
Saya juga akan menyenaraikan semua BBM saya dan mengemaskini jenisnya bagi disesuaikan untuk sesi pengajaran mengikut mata pelajaran. Contoh BBM terbaik saya adalah seperti “Sangkar warna” dan “Koboi zirafah”.

2. Lebih menggunakan ICT
Selaras dengan zaman yang serba berteknologi, teknik pengajaran juga mula berubah. Selain daripada bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti buku teks dan buku latihan, latihan interaktif menggunakan komputer juga boleh digunakan. Dengan grafik yang menarik, dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Murid pemulihan khas gemar untuk mencuba sesuatu yang baru, contohnya seperti penggunaan laptop guru yang saya gunakan setiap hari.
Selain daripada latihan-latihan, guru juga boleh menggunakan ICT ketika proses pengajaran seperti slideshow gambar-gambar dan juga huruf-huruf. Penggunaan ICT ini akan lebih membantu guru untuk mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak pendidikan khas ini supaya mereka boleh memberi tumpuan ketika proses P&P, dan juga membantu pelajar lebih memahami topik yang diajar.

TEMPOH PENYELESAIAN
Daripada 30/8/2009sehingga saya tamat praktikum di SKSAT

TINDAKAN SUSULAN
Sebagai tindakan susulan, saya akan sentiasa berbincang dengan guru pemulihan khas SKSAT tentang penggunaan bahan bantu mengajar. Perbincangan yang dibuat dapat menambahbaikkan penggunaan bahan bantu mengajar saya, agar ianya lebih sesuai dan berkesan. Secara tidak langsung hasil pembelajaran yang dirancang dapat dicapai dengan penuh warna warni dan menggembirakan semua pihak.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah BBM ini adalah masalah yang amat minimum dan ianya boleh diatasi dengan segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Pembelajaran yang efektif adalah kunci kejayaan pendidikan bagi generasi baru akan datang mempunyai daya kreativiti yang kukuh. Guru sebagai tulang belakang modal insan negara, perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelaksaan sesuatu usaha pemantapan startergi pengajaran dan pembelajarannya setiap hari.
JURNAL 9 (16/8/2009-20/8/2009)
KEBERSIHAN DIRI MURID
MASALAH

Sepanjang minggu kesembilan di S.K Sultan Ahmad Tajuddin, saya juga telah berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan dengan hal kebersihan diri; merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Kebanyakkan murid-murid memandang enteng tentang hal ini. Mereka tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan diri. Ada di antara murid-murid yang memakai pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis), ada yang tidak mandi sebelum ke sekolah, tidak gosok gigi juga tidak menggosok pakaian ke sekolah.

Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada diri seorang murid sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas. Namun, amat mendukacitakan apabila ada di kalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan yang amat ketara hingga mengganggu pernafasan orang lain. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malah juga berlaku kepada murid Tahap 2. Lebih menyedihkan apabila murid Tahun 6 yang sepatutnya menjadi contoh kepada murid-murid lain juga berkeadaan yang sama.

Sebagai seorang guru pemulihan yang sememangnya dikatakan pakar untuk memulihkan masalah , saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam keadaan bersih dan selesa. Maka, mereka mampu dan boleh belajar dengan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh hal yang demikian, masalah ini mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
ANALISIS MASALAH

Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Sekiranya murid-murid bersikap tidak kisah dengan hal ini, mereka sememangnya boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan syarat murid berpakaian kemas ke sekolah. Ini membuktikan bahawa kebersihan sangat penting dalam diri murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:
”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak bau, tidak malu, tidak menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit bagi diri sendiri maupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menyikat gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih”.

Kita juga tahu bahawa kebersihan itu dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan khususnya diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan persekitaran. Dalam kata lain, semuanya bermula dengan diri sendiri terlebih dahulu.

CADANGAN

Usaha membendung masalah ini patut dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri. Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri Bersih dan Sihat” dan lain-lain. Melalui kempen-kempen ini, murid-murid secara tidak langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan perubahan demi menjaga kesihatan mereka.

Selain dari itu, untuk menyedarkan murid-murid ini, saya akan memantau kebersihan murid di kelas yang saya masuk terutama murid-murid kelas pemulihan khas. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut kepada diri sendiri, jua penerimaan masyarakat terhadap mereka.

Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah individu yang paling bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Apapun juga, murid-murid sendiri yang harus berfiir secara rasional dan bertindak untuk kebaikkan mereka.

TEMPOH PENYELESAIAN
Daripada 16/8/2009 sehingga saya tamat praktikum di SKSAT

TINDAKAN SUSULAN
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kebersihan diri murid adalah elemen penting yang perlu diserapkan dalam diri setiap murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu, kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan keperibadian guru-guru-guru dan nama sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
JURNAL 8 (9/8/2009-13/8/2009)
MASALAH PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS 3M


MASALAH

Dalam era kemodenan dan negara yang pesat membangun ini, seharusnya setiap individu bersaing untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan, khususnya murid-murid sekolah. Sewajarnya tiada lagi budaya lepak, malas belajar dan masalah-masalah disiplin lain yang berlaku di sekolah. Murid-murid seharusnya tahu bahawa pada merekalah disandarkan harapan negara untuk menjadi contoh tauladan terbaik kepada generasi akan datang.

Namun begitu, adalah sedikit mendukacitakan saya bila hal ini dipandang enteng oleh segelintir murid-murid SKSAT iaitu murid tahun 3 kelas arus perdana. Sikap sambil lewa terhadap pelajaran menjadi perkara biasa bagi mereka. Walaupun kehadiran ke sekolah seratus peratus, namun prestasi akademik dan sahsiah mereka masih berada di tahap lemah dan membimbangkan. Apa yang lebih menyedihkan saya, ada di kalangan murid-murid terutama murid pemulihan ini yang masih tidak tahu membaca dan menulis. hal ini kerana, pada usia 10 tahun mereka sewajarnya telah mahir kemahiran-kemahiran asas ini.

Sebagai seorang guru pelatih pemulihan khas, saya melihat masalah ini adalah isu yang perlu ditangani segera. Murid-murid yang berdepan dengan masalah ini seharusnya ditempatkan di kelas khas juga, bagi proses pemulihan. Murid-murid harus diajar mengikut kebolehan mereka, supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas dalam masa yang ditetapkan. Melalui aktiviti/ program ini, diharapkan murid-murid tersebut mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid-murid lain. Guru pemulihan, guru kaunseling, dan semua guru-guru harus mengembling tenaga untuk memastikan murid-murid ini mendapat sesuatu yang berguna sepanjang persekolahan mereka.
ANALISIS MASALAH

Masalah tidak boleh menguasi kemahiran asas dalam pembelajaran (membaca, menulis dan mengira) adalah masalah yang sering berlaku dan ada di mana-mana jua sekolah terutama sekali di sekolah pedalaman. Maka, kelas pemulihan diwujudkan bagi membantu murid-murid yang berdepan dengan masalah ini. Menurut Mook Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan:
”Pendidikan pemulihan merupakan satu rancangan khas untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas itu...”

Beliau turut menjelaskan bahawa:
”Mengikut kajian pakar-pakar pendidik, kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka kurang mampu membuat kesimpulan dan kurang memahami tentang pelajaran yang abstrak. Oleh itu, ramai murid yang menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran mereka. Bagi membantu murid-murid mengatasi masalah ini, program pemulihan merupakan satu-satunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan.”
(Mook Soon Sang, 2003)

CADANGAN

Setelah menganalisa masalah di atas, saya berpendapat bahawa murid-murid ini harus segera diberi perhatian. Beberapa cadangan perlu diusulkan. Antaranya adalah tindakan pemulihan khas serta kolaborasi bersama guru-guru lain seperti guru bimbingan dan kaunseling dalam menganjurkan aktiviti-aktivi yang bersesuaian.

Kemudian, masalah murid boleh dirujuk kepada guru pemulihan khas tetap disekolah ini dengan mengharapkan masalah ini dapat diatasi dengan segera dan murid dapat mengikuti suasana pembelajaran yang kondusif. Bersama guru pemulihan, murid-murid yang berdepan dengan masalah 3M tidak ini akan dapat menjalani proses pengayaan dan pemulihan khas secara sistematik. Aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah mengikut kebolehan dan prestasi murid. Maka, besar kemungkinan minat belajar akan wujud dari semasa ke semasa. Ini kerana murid akan merasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru mereka.

Di samping itu, saya sebagai guru pemulihan khas harus memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawb mereka semaksimum mungkin. Melalui kelas-kelas pemulihan yang dijalankan, guru pemulihan dapat mengenal pasti masalah masalah 3M (membaca,menulis dan mengira) secara pemerhatian, pentafsiran rekod prestasi, profil, ujian kertas dan pensel, latihan harian serta soal jawab/kuiz. Guru pemulihan juga dapat menyenaraikan masalah pembelajaran yang dikenal pasti serta dapat mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.

Sementara itu, guru-guru lain juga perlu bersama-sama mengembling tenaga dan menyuarakan pendapat dalam membendung masalah yang berlaku. Sekiranya semua pihak bersatu, Insyaallah masalah murid akan segera diatasi.

TEMPOH PENYELESAIAN
Sehingga semua murid yang bermasalah 3M dikenalpasti melalui ujian penilaian

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus menyedari kelemahan diri mereka dan sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri.


KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah 3M ini adalah isu besar yang mesti diatasi segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik) harus dipantau dari semasa ke semasa.
JURNAL 7 (2/8/2009-6/8/2009)
KOMUNIKASI BERKESAN


MASALAH

Sepanjang saya mengendalikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu (minor), saya berpendapat bahawa kebanyakkan murid kurang memberi perhatian terhadap pelajaran. Ada di kalangan murid yang tidak mengendahkan arahan guru, membuat bising dan bertindak sesuka hati. Murid juga kerap kali mengganggu rakan-rakan lain dan berkelakuan agresif sekiranya ditegur oleh rakan-rakan contohnya seperti kelakuan memukul dan menconteng buku rakan. Masalah ini mungkin berpunca dari kelemahan guru sendiri dalam mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan interpersonal. Sebagai guru, saya tidak menafikan bahawa guru seharusnya perlu untuk memilih corak kepimpinan yang bersesuaian. Disamping itu juga, guru perlu menggunakan teknik yang pelbagai dalam mewujudkan interaksi berkesan dengan murid-murid seterusnya mempengaruhi pembentukan minat murid terhadap pelajaran.

Mok Soon Sang (2003) dalam penulisannya menyatakan guru seharusnya tahu cara bagaimana mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenal pasti dari ciri-ciri pertuturan yang baik seperti berikut:
”Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.”

Penjelasan ini jelas menunjukkan bahawa guru mesti bercakap atau menyampaikan maklumat kepada murid dengan menggunakan pelbagai nada suara demi menarik minat murid terhadap pelajaran dan mengelak murid dari merasa bosan atau melakukan sesuatu di luar kawalan guru.

ANALISIS

Komunikasi berkesan seringkali terjejas ekoran dari gangguan-gangguan yang berlaku dalam bilik darjah seperti kebisingan, perhubungan guru dan murid, keadaan bilik darjah yang kurang kondusif, murid kurang berminat untuk belajar dan sebagainya. Kebisingan bilik darjah misalnya menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam menyampaikan pelajaran supaya jelas didengar oleh murid-muridnya. Antara faktor lain berlakunya komunikasi kurang berkesan adalah sikap murid-murid sendiri yang kurang berminat untuk belajar. Mok Soon Sang menyatakan :
”Kekurangan minat belajar pun boleh menjejaskan komunikasi dalam bilik darjah. Murid-murid yang mempunyai pemikiran tertutup tidak akan menumpukan perhatian terhadap pelajaran”.

Antara murid yang bermasalah komunikasi adalah
1. Nurul Izzah (3F) - Sikap pemalu dan rasa tidak yakin.
2. Renisa Devi (3F) - Tidak fasih berbahasa melayu.
3. Mariyah (3B) - Suka mengasingkan diri dan rasa rendah diri.
4. Adi Aiman Afiq (3B) - Terlalu cepat mengadu kepada guru apabila diganggu atau diusik oleh rakan.

CADANGAN

Sebagai guru, saya bersedia untuk membuat perubahan untuk memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi. Saya akan cuba mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang disarankan; di mana ianya merangkumi corak kepimpinan guru (demokratik), komunikasi dan interaksi (pengunaan nada suara yang pelbagai), serta kemahiran-kemahiran lain yang dirasakan bersesuaian untuk merarik perhatian murid-murid ketika belajar.

Saya akan memastikan set induksi dilaksanakan dengan baik serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang selesa. Saya akan berusaha melakukan aktiviti yang pelbagai bagi mengelak murid merasa bosan dengan P&P yang disediakan. Alat dan bahan bantu mengajar juga akan saya pelbagaikan demi menarik minat murid-murid saya terhadap pelajaran yang diajar. Di akhir sesi pembelajaran, saya akan memastikan murid-murid saya mendapat manfaat dari P&P yang dijalankan.

Saya amat berharap agar dapat meningkatkan minat belajar di kalangan murid-murid saya. Saya bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dari guru-guru yang lain. Mungkin dengan cara sedemikian, saya akan memperoleh idea atau strategi baru dalam mengendalikan P&P.

TEMPOH PENYELESAIAN
2/8/2009 hingga 13/8/2009 (2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN

Saya percaya kaedah yang pelbagai dapat membantu saya dalam menyampaikan P&P dengan berkesan. Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Reed dan Kirkpatrick (1998), mereka menyatakan:
”Seorang guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran bagi menarik minat murid untuk belajar”.
Selain itu, saya juga akan cuba menggunakan kaedah peneguhan positif dan peneguhan negatif dalam usaha mengawal murid-murid semasa aktiviti P&P berlangsung.


KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan saya amat percaya guru yang kreatif dan bersedia dengan pelbagai teknik pengajaran dapat mempengaruhi suasana P&P yang bakal berlaku di dalam kelas. Murid akan lebih bersemangat sekiranya guru tampil dengan pelbagai kaedah dan perubahan dari semasa ke semasa. Maka, sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk senantiasa membuat pembaharuan sekaligus menjadikan proses P&P berkesan.
JURNAL 6 (26/7/2009-30/7/2009)
DAYA TUMPUAN MURID @ FOKUS

MASALAH

Pada minggu keenam ini terdapat juga masalah yang timbul berkenaan daya tumpuan murid yang tidak fokus terhadap pelajaran. Masalah pada kali ini adalah melibatkan pengajran saya untuk kelas arus perdana (3 Berlian). terdapat sekumpulan kecil murid yang tidak memberi perhatian sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Terdapat sebilangan kecil murid yang duduk di bahagian belakang kelas dan suka membuat bising dengan berbual sesama sendiri. Sebahagian murid kelas ini juga agak lambat dalam menjalankan aktiviti pembelajaran. Akibatnya, banyak aktivti yang saya rancang dalam buku rancangan pengajaran saya, tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Terdapat murid yang lemah duduk dikalangan murid yang pandai dan tidak mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Mereka seringkali menumpang rakan yang pandai membuat kerja kumpulan apabila sesuatu tugasan berkumpulan dilakukan. Antara murid yang bermasah ini adalah:
1. Mohd Farisman
2. Mohd Sayuti
3. Muhammad Affan

ANALISIS MASALAH


Dalam menghadapi masalah ini, saya perlu mengkaji dan menyiasat punca-punca berlakunya masalah yang timbul. Masalah murid tidak memberi perhatian dan kebisingan di dalam kelas cuba saya kaji dan saya dapati mungkin masalah ini berlaku terhadap murid yang memang lemah dalam subjek Bahasa Melayu menyebabkan mereka kurang memahami apa yang saya ajar. Akibatnya, mereka tidak fokus semasa guru mengajar.

CADANGAN


Setelah akan mendapatkan maklumat dari Pn Noraini iaitu, guru kelas yang asal dan merupakan guru sebelum saya mengambil alih tersebut. Saya mendapatkan maklumat tentang beberapa murid yang lemah dan bermasalah didalam kelas tersebut. Seterusnya, saya terus mengatur strategi dengan memberi penekanan terhadap pengajaran secara individu. Semua dibezakan aktivitinya iaitu bagi murid yang pandai dan murid yang sederhana latih tubi pembacaan dijalankan serta murid yang lemah diajar konsep membaca dan menulis seperti apa yang telah saya lakukan di kelas pemulihan khas. Menurut kajian Ivan Pavlov, dalam teori Pelaziman Klasik (Classical Conditioning), kelakuan seseorang boleh diubah jika terdapat rangsangan secara berterusan.

Dalam kes saya tadi, saya perlu merangsang murid dengan berkomunikasi dan membaca isi pelajaran yang diajar iaitu dengan sebutan dan intonasi yang betul. Jika rangsangan ini dilakukan secara berterusan, murid dapat membiasakan diri dengan keadaan tersebut.

Dalam mengatasi masalah ini, saya mengambil beberapa tindakan seperti berikut:
1. Merancang aktiviti pengajaran yang menarik dan melibatkan semua murid.
2. Menyusun semula kedudukan kerusi dan meja mengikut kumpulan.
3. Menyusun semula kedudukan murid mengikut perbezaan individu.
4. Pemberian hadiah bagi murid merangsang minat murid untuk belajar.
5. Menggunakan Bahasa Melayu baku sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
6. Merancang waktu pengajaran sebaik mungkin.


TEMPOH PENYELESAIAN

Sehingga murid menunjukkan tingkah laku yang positif.

TINDAKAN SUSULAN

Dalam melaksanakan cadangan, saya akan lebih memberikan perhatian terhadap murid yang tidak fokus tersebut. Saya juga menggunakan kaedah peneguhan positif daripada teori pelaziman operan (Operant Conditioning), peneguhan boleh dilakukan apabila murid membuat satu kebaikan. Hal ini dapat menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti yang di dalam kumpulan. Saya memberi ganjaran atau ‘reward’ kepada kumpulan murid yang mendapat jawapan dengan cepat dan betul dalam aktiviti yang dijalankan.

Daripada tindakan ini, saya dapati, murid dari kumpulan lain berlumba-lumba untuk memenangi hadiah tersebut. Saya nampak lihat kesungguhan mereka menjawab dan menyelesaikan soalan pemahaman yang diberikan. Terdapat beberapa orang murid yang curi-curi melihat beg saya yang berisi bahan bantu mengajar dan tidak sabar untuk melakukan aktiviti pada hari tersebut. Ini membuktikan murid telah menaruh minat untuk belajar dan seterusnya fokus semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Saya akan menyusun semula murid berdasarkan perbezaan individu hasil daripada keputusan markah peperiksaan pertengahan tahun dan ujian-ujian yang lepas. Saya telah membahagikan mereka kepada kumpulan tertentu yang lebih kecil bagi memudahkan saya mengawal kelas. Dengan pembahagian seperti ini, saya dapat memberi tumpuan sepenuhya terhadap murid mengikut tahap kepandaian mereka juga, bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, masalah focus dan daya tumpuan murid bukanlah menjadi isu besar dan boleh diatasi segera. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. Ganjaran dapat meningkatkan minat dan motivasi murid untuk melakukan aktiviti pengajaran. Selain itu juga, ianya dapat memastikan disiplin murid sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan memuaskan, selain mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis lama perhubungan (rapport) yang erat diantara murid dan guru.
JURNAL 5 (19/7/2009-23/7/2009)
LATIHAN DAN KERJA RUMAH MURID

MASALAH

Segelintir murid-murid seringkali mengabaikan latihan dan kerja rumah yang diberikan guru kepadanya setiap hari. pelbagai sebab dan punca masalah ini sering barlaku dan terus menjadi masalah biasa bagi semua sekolah di negara kita. Seringkali juga, guru berasa pening apabila murid sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru. Murid kelihatan seperti terlalu letih semasa membuat latian yang diberikan oleh guru terutamanya bagi kumpulan yang lemah. Murid juga tidak menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan dan sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota yang diberikan. Keadaan ini seumpama mematahkan semangat seorang guru dalam impiannya bagi membentuk murid yang cemerlang serta berkaliber.

ANALISIS MASALAH

Segelintir murid di kelas saya malas dan tidak berusaha untuk menyiapkan kerja dan latihan yang diberikan pada waktu-waktu tertentu. Ada pula yang menggunakan masa yang diberikan untuk membuat latihan untuk berbual dengan rakan atau bermain.
Antara murid yang bermasalah adalah:
1. Mohd Aeman Haikal.
2. Azizah
3. Renisa Devi.

Tindakan ini juga mengganggu rakan lain yang ingin membuat kerja sekolah. Apabila ditanya tentang masalah yang dihadapi untuk menyiapkan kerja yang diberi, murid-murid akan mendiamkan diri dan cuba mencari alasan, pelbagai alasan yang sama sering diberi untuk melarikan diri. Antara alasan yang diberikan seperti letih, sibuk, tidak larat, dan pelbagai alasan yang tidak logik.

Selain itu, terdapat murid-murid yang sering tidak membawa buku latihan untuk menampal lembaran kerja dan nota, walaupun telah diberi peringatan beberapa kali. Masalah ini jarang berlaku bagi kumpulan yang pandai dan ia selalunya berlaku bagi kumpulan lemah sahaja. Dalam hal yang sedemikian sebagai seorang guru tiada pilih kasih dalam memastikan murid-murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang berguna.

CADANGAN

Sistem kawalan sosial mengkehendakkan tentang ganjaran dan dendaan. Penyelesaian masalah ini dilakukan dengan mengenalpasti murid -murid yang sering tidak membuat latihan dan kerja rumah. Saya akan menyenaraikan nama murid yang bermasalah ini dengan bergerak ke setiap kumpulan untuk mengenalpasti nama mereka. Teguran dan amaran lisan akan dikenakan dahulu. Sekiranya murid-murid masih leka, saya akan menyuruh mereka datang ke hadapan saya dan membuat latihan tersebut di hadapan saya. Ini membolehkan saya memerhatikan kerja mereka dan murid-murid itu akan membuat lembaran kerja supaya dapat balik ke tempat masing-masing.

Manakala untuk menaikkan semangat belajar murid – murid, saya akan memberikan peneguhan positif yang baik seperti bagus, pandai dan rajin apabila menyemak lembaran kerja mereka. Teori Bandura menekankan bahawa motivasi akan mendorong penglibatan murid dengan lebih berkesan dalam sistem pembelajaran. Kata-kata perangsang sedemikian juga akan memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja mereka kerana mereka akan berasa kerja mereka dihargai dan disanjungi.

TINDAKAN SUSULAN

1. Lembaran kerja yang diberi harus diteliti dan disemak selalu bagi mengenalpasti murid-murid yang sering tidak menghantar buku-buku mereka.
2. Lembaran kerja murid yang tidak sempat dijawab disediakan dengan mengantungnya di tepi kelas yang berdekatan dengan meja murid bagi memudahkan mereka mendapatkan lembaran kerja tersebut.
3. Pertandingan berbentuk kuiz berkumpulan akan diberikan kepada murid-murid yang dapat menjawab dengan betul akan diberi hadiah sebagai perangsang dan motivasi.

TEMPOH PENYELESAIAN
19/7/2009 hingga 2/8/2009 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid-murid juga harus diberi kesedaran oleh guru tentang kelemahan diri mereka. Guru perlu sabar dan sanggup berusaha keras untuk mempertingkatkan prestasi murid melalui pantauan berterusan terhadap latihan dan kerja rumah murid.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah latihan dan kerja rumah murid ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk menjalankan sesi P&P sapa. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya.
JURNAL 4 (12/7/2009-16/7/2009)
IDEA KREATIF GURU

MASALAH

Pada minggu keempat ini, masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya. Pada saya penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran (brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru. Hasil akhir ini semua akan merangsang perkembangan murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid kelas pemulihan saya untuk minat dan tertarik kepada pengajaran saya.

Pemerhatian saya terhadap aktiviti guru-guru lama menunjukkan banyak kelemahan yang dilakukan. Mereka kurang menekankan aspek kepelbagaian sumber pengajaran. Hal ini banyak berlaku, terutamanya bagi kelas arus perdana. Pengajaran yang ditunjukkan hampir sama setiap hari dan guru tidak banyak membuat perubahan aktiviti melalui bahan bantu mengajar dan startergi yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran seharusnya fleksibel dan tidak bergantung kepada satu-satu pendekatan dan kaedah sahaja. Hal ini juga berlaku dan tidak banyak membantu saya dalam proses menjalankan p&p praktikum bagi subjek minor.

ANALISIS MASALAH

Masalah ini menyebabkan saya mengalami ketidak puasan dalam melaksanakan p&p. Penjanaan idea stratergi pengajaran merupakan aspek yang sangat penting dalam menggerakkan p&p yang menarik dan dapat membantu guru dan murid dalam menjalani proses ini. Permasalahan ini perlu diatasi segera memandangkan p&p perlu diteruskan walau apa jua keadaan. Apa yang penting, langkah mengatasi perlu dicipta dan dieksploitasi.

1. Apakah startergi yang perlu digunakan agar pengajaran dan pembelajaran sepanjang 3 bulan praktikum tidak terganggu dan sentiasa berjalan dengan teratur dan sempurna?
2. Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini dengan berkesan?
3. Sumber dan rujukan apakah yang boleh membantu penjanaan idea menarik yang berterusan?

Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah saya senaraikan:

1. Murid cepat bosan dan hilang minat belajar andai p&p dijalankan mengikut aktiviti yang sama setiap hari.
2. Murid lebih suka bermain daripada belajar dan ini perlu diselaraskan agar dapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka.
3. Guru menghadapi masalah untuk menjalankan p&p yang baik kerana kekurangan idea yang menarik dan sesuai?.

CADANGAN

Untuk memastikan masalah penjanaan idea kreatif ini selesai, saya mencadangkan langkah-langkah berikut:

1. Melakukan sumbangsaran (brainstorming) bersama rakan iaitu pasangan praktikum saya. Saudara Mohd Farid Helmyzan bin Fauzi.
2. Membuat pemerhatian (observation) p&p guru-guru lain dan melakukan inovasi baru sekiranya dapatan tersebut mempunyai kesesuaian dan kemampuan yang boleh menarik minat murid. Ianya juga digunakan dan diubah suai supaya nampak lebih menarik dan memberi kesan menarik.
3. Membuat deraf awal (peta minta) tentang stratergi yang ingin digunakan sepanjang minggu sebelum p&p dijalankan pada hari tersebut, membuat penggabungjalinan aktiviti yang sedia ada dan menambahkan idea-idea baru.
4. Meminta pendapat, idea dan pandangan daripada guru pembimbing, guru lain dan rakan-rakan guru pelatih bagi menyediakan RPH Saya juga melihat contoh-contoh penulisan RPH yang baik yang terdapat di internet dan daripada rakan-rakan sebagai panduan.


TEMPOH PENYELESAIAN
12/7/2009 hingga 19/7/2009 ( 1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Guru perlu memperbanyakkan pembacaan dan perbincangan dalam mencari idea-idea baru yang boleh digunakan sebagai senjata p&p mereka. Siapa yang sanggup berusaha untuk mempertingkatkan prestasi diri akan mencapai kepuasan kerja yang sebenar.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan juga. Bantuan daripada pihak ketiga dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan dapat membantu saya sebagai guru cemerlang untuk berkerja 30 tahun lagi dimasa akan datang demi bangsa dan yang tercinta. Akhirnya, keseluruhan modal insan negara kita iaitu murid-murid sekolah akan berjaya mencapai kearah generasi berminda kelas satu.
JURNAL 3 (5/7/2009-9/7/2009)
HIPERAKTIF @ MURID TERLEBIH CERGAS

MASALAH

Masalah utama yang timbul pada minggu ketiga ini adalah masalah hiperaktif. Dalam mengawal kelas dan mengawal tingkah laku murid-murid timbul juga masalah berat dan agak sukar untuk diatasi. Dalam Hal ini, kadang kala ianya berada pada tahap yang di luar jangkaan. Walaupun perancangan dan persediaan telah dilakukan, aktiviti P&P perlu ditukar mengikut kesesuaian tahap minat dan tumpuan murid-murid. Antara murid yang paling sukar untuk dikawal di dalam kelas adalah murid dari kategori Hiperaktif. Murid ini ialah Mohd Irfan bin Rozdli. Hiperaktif adalah masalah murid atau kanak-kanak yang terlalu cergas tingkahlakunya. Kadangkala murid dari kategori ini bertindak memukul dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti babi, celaka, sial dan lain-lain lagi terhadap kawan sekelas semasa P&P dijalankan. Dengan kata sebenar dan menurut guru-guru di sekolah tempat saya pratikum, murid berkenaan mempunyai ciri-ciri kearah murid yang Hiperaktif. Murid ini sukar dikawal dan cara yang terbaik adalah dengan memujuknya. Langkah ini dibuat untuk murid ini patuh melakukan aktiviti pengajaran guru. Akan tetapi, ianya berkesan untuk jangkamasa yang singkat sahaja.

ANALISIS MASALAH

Murid ini merupakan murid yang mempunyai masalah Hiperaktif. Banyak perkara yang boleh menjadi penyebab kepada masalah ini. Berdasarkan kepada pemerhatian saya, murid ini banyak terpengaruh kepada persekitaran di rumah, mungkin murid ini belajar kata-kata kesat dari rakan-rakan. Sebelum mengambil langkah seterusnya, saya perlu melihat dan mengkaji sedikit tentang ciri-ciri keaktifan kanak-kanak.
KEAKTIFAN (HIPERAKTIF)

Hiperaktif dipercayai berpunca daripada ganguan mekanisme sisitem saraf pusat. Walaupun faktor genatik, infeksi atau kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai punca penyakit ini, faktor-faktor seperti masalah di rumah, toksin (keracunan), kekurangan zat makanan dan alahan kepada makanan dan bahan kimia mungkin lebih berpengaruh lagi. Antara ciri-ciri hiperaktif yang terdapat pada kanak-kanak hiper atau ADD (Attention Deficit Disorder) adalah:

1. Tidak dapat menumpukan perhatian pada sesuatu
2. Tidak suka dibelai
3. Menghentak-hentak kepala atau marah tidak menentu
4. Gopoh
5. Tidak suka duduk diam
6. Agresif
7. Suka menjerit
8. Resah
9. Kurang tidur/ sukar untuk tidur

CADANGAN

1. Menyediakan tempat pembelajaran yang sesuai, dimana kanak-kanak mudah untuk memotivasikan diri mereka sendiri.
2. Beri kerja rumah yang sedikit
3. Sediakan aktiviti permainan seperti puzzle sebelum dan semasa pengajaran
4. Sediakan tugasan yang pelbagai, contoh mewarna gambar.
5. Tanyakan soalan berkenaan latihan semasa murid membuat latihan.
6. Sentiasa bersabar dan teguh
7. Ganjaran token
8. Tidak diberi ganjaran sekiranya kerja tidak siap.


TEMPOH PENYELESAIAN
5/7/2009 hingga 19/7/2009 ( 2 minggu)

TINDAKAN SUSULAN
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasikan dan diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Murid hiperaktif ini perlukan satu langkah penyelesaian yang betul dan berkesan. Saya akan kemukakan cadangan kepada pihak sekolah bahawa membawa murid ini untuk mengesahkan masalah hiperaktif tersebut kepada doktor perubatan. Pihak ibubapa murid juga akan saya maklumkan untuk membantu guru menyelesaikan masalah.

KESIMPULAN
Perbincangan dan langakah awal yang diambil akan menyelamatkan murid yang bermasalah seperti ini tidak ketinggalan dan ditutup peluangnya untuk turut sama belajar seperti murid normal yang lain. Sesungguhnya semua pihak harus mengambil langkah penyelesaian bersama bagi menjaga kebajikan murid ini.